Fifteen

by

Bismillahirahmanirahim. 

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah for another day. Dah lama aku tak blogging. Entah lah. Idea takde haha. Otak lama tak guna, macam ni lah. Berkarat takleh nak generate idea. Sabar je lah.

Okay so, malam ni, nak share cerita pendek sikit. Pendek je. Tak panjang pun. Harap sudilah baca ya :) 
Cerita malam ni, tajuknya, HIJRAH. 

Hijrah. Maksud literalnya, pindah atau berubah.
Maksud istilahnya, berubah dari perkara buruk ke perkara baik.
Dari segi sejarah, Hijrah Rasulullah s.a.w dan para sahabat ke Madinah. Rasanya dah betul definition aku ni, Insya Allah. Kalau salah, mohon betulkan aku ya? Boleh mention aku kat twitter @itsdeens_ ((k promote jap hakhak))

Maka, apa kaitan HIJRAH dgn cerita malam ni?

Okay bawak bersabar ya semua. Atas permintaan seorang sahabat yang disayangi, maka aku ingin ceritakan sedikit asbab penghijrahan aku. Dan bagaimana aku lakukannya :) Insya Allah. 

Jujurlah, aku dulu, bukan macam sekarang. Siapa yang kenal aku dari dulu, pasti agak terkejut melihat perbezaan aku dan sekarang. Maaf, aku tak akan ceritakan secara terperinci lifestyle aku dahulu. Cukup lah aku katakan, lifestyle aku dahulu, penuh dgn kejahilan. Allahu. Moga Allah melindungi aib kita semua. 

Sebenarnya, bukan sekali ini panggilan Hijrah yg dtg pada aku. Dah beberapa kali. Tapi, aku tak istiqamah. Aku tak nekad. Maka lambaian untuk berhijrah aku biarkan begitu sahaja. Buat kejap, pastu tak buat dah. Allahu Allah. Awal tahun form 5, jujur aku katakan, hati aku dah tergerak nak berhijrah. Tapi entahlah. Hati ini masa kering dan mati pada masa itu. Buat pun tak ikhlas. Buat sebab nak exam. Heh. Teruk betul hahaha. 

As time passes by, semakin byk petanda2 yg menggetarkan hati aku untuk berhijrah. Tapi biasalah. Remaja doh! Darah menggelegak nak enjoy. Nak try macam2 fashion. Rasa macam umur panjang lagi. Watlek ah! What's the rush? Aku baru 17 tahun kot. Taubat can wait. Well, that's what I thought. 

And then, there's my sister. Budak MRSM. Sekolah co-ed. And being in a co-ed school makes her covers her whole aurah. Socks, handsocks. Tudung labuh gila bakhang. That is.... titik pertama penghijrahan aku. Aku malu dgn dia. Dia lagi muda, tapi pandai jaga aurat. So then, aku pun start lah utk tak pakai dah baju lengan pendek and try labuhkan sikit tudung dripada biasa. Daripada sibar atas bahu, kepada pin butterfly. 

One fine day, aku baru balik from kelas amali memandu. I was wearing a long blouse and a palazzo trousers. Inside the palazzo, I wore a legging. Why? Because the palazzo trousers tu kan besar dan kembang kat bawah. Takut bila terselak, nampak kaki. So to be safe, aku pakai legging. And masa tgh lepak dgn mama aku, mama ternampak the legging inside the palazzo I was wearing. This was our conversation, 


Mama: Eh, why pakai legging inside?Me: Bcus I thought nnti terselak, x nampak lah kaki tu.Mama: Baguslah. At least, kurang sikit dosa abah dan mama. Kurang sikit siksaan kubur kami nanti. 


ZAPPPPPP! SUBHANALLAH. Ayat mama macam anak panah yang menikam straight sampai lubuk hati. Seharian ayat mama tu terngiang ngiang dalam telinga aku. Kalau korang lah kan, apa reaksi korang bila parents korang cakap macam tu? Halus sungguh cara Allah suntikkan hidayah untuk aku. Melalui ibu bapa. Allahu Akbar :')
That... is titik kedua penghijrahan aku. Titik di mana aku mula pasang niat untuk benar benar istiqamah kali ini. 

Semua orang punya cara masing2 untuk hijrah. Ada yg prefer utk baiki akhlak, baiki solat, baru pakaian and etc. I started with, pemakaian. I fixed how I dress. Aku mula tak pakai lengan pendek. Baju semua aku pastikan longgar dan menutup punggung. Tudung, aku labuhkan. Kemudian, aku mula pakai handsocks. Bila yang semua ni dah stable, aku mula pakai socks. Dan last sekali, aku pakai inner neck lengkap dengan tutup dagu. 

Kemudian, aku berjinak-jinak dengan baju baju muslimah dan skirts. One day, aku keluar dgn senior aku. Dia ajak aku beli tudung. She bought herself tudung bidang 60. Masa tu, I still dont have the courage to wear tudung bidang 60. So I bought myself tudung bidang 50 and I wore it the next dat. Lepas pakai tudung tu, rasa macam satu keselesaan yang amat sangat. Tudung tu labuh dan sgt menutup dada. So petang tu, I bought myself another tudung, this time, bidang 60. Masya Allah, aku rasa macam sangat terlindung bila pakai tudung labuh tu. Sangat selesa. Sangat best! Hahah terserlah kejakunan aku dgn tudung labuh ni 
Allahu. 
Tipu ah kan kalau aku tak pernah terfikir nak give up tudung labuh. Sebab kadang2, rasa rimas, panas, leceh. Tapi, bila shj aku rasa macam tu, aku pujuk, 

'Ammyza, kau nak tanggung panas sekarang ke panas neraka?'
Pap. 

Then, aku mula cari accounts2 dalam ask.fm dan twitter yg menjadi medium dakwah buat para dai'e. Aku tahu, tak proper sangat pun cara macam ni. Belajar dari social networks, but at the very least, ada jugak perkara yang aku belajar dari dai'e social networks ni. 

Tapi, bukan mudah rupanya jalan hijrah ni. Jujur. Ini jujur dari lubuk hati. Banyak cabaran dan kata2 yg tidak enak aku kena telan. The biggest challenge is of course, from your family. Tapi, sabar je lah kan. Allahu. Perit nak telan doh. Family sendiri tu! Tsk tsk. Not to mention, hati kita ni memang senang berubah kan? Berbolak balik. Iman ni, ada time naik mencanak, ada time turun merudum. Allahu. Masa tu, barulah terasa, 'SUSAHNYA NAK BUAT 2I1K NI!'

Okay pause! Rewind! 2I1K? Apa tu?
Okay, 2I1K tu adalah perkara paling payah dan penuh cabaran untuk aku laksanakan. Iaitu:-
Ikhlas. Istiqamah. Khusyuk. 

Payah. Sungguh. Adakala rasa macam nak futur. Letih dgn mujahadah ni sebab tak mampu nak buat 2I1K tu. Tapi tapi, jangan risau. Allah ada :) 

Maka aku teruskan usaha untuk pupuk Ikhlas, Istiqamah dan Khusyuk tu dalam diri. Doa itu penting! Doa doa doa. Doa pada Allah. Sebab dia yang pegang hati kita. Dia yang pegang hati aku ni. Aku mohon doa agar aku dikurniakan kekuatan untuk terus Ikhlas, Istiqamah dan Khusyuk dalam ibadah aku. Insya Allah. 

Makin lama, makin banyak sebab yang buatkan aku untuk terus istiqamah dalam hijrah ni.

 Pertama, kematian. Kematian tu boleh jemput aku bila bila masa. Dan aku tak sanggup nak bertemu Pencipta aku dalam keadaan yang hina. 

Kedua, redha Allah. Mardhatillah. Itu yang sepatutnya menjadi tujuan hidup kita. Aku petik sikit kata2 Kak Dayana, akak usrah aku, 


'Hidup kita ni, tujuan hidup kita ni sebenarnya, Lillahitaala. Kerana Allah. Kita nak capai Mardhatillah. Redha Allah. Itu, tujuan hidup kita. Insya Allah.'

Ketiga, rahmat Allah. Allahu Akbar. Kalau aku nak cakap rahmat dan nikmat yang telah Allah kurniakan buat aku, pasti tak terhitung. Dan antara rahmat terbesar yang dikurniakan untuk aku ialah, rahmat dilahirkan sebagai seorang Muslim. Dan siapalah aku, untuk menidakkan rahmat itu? Aku cuma hamba-Nya yang faqir. Aku sepatutnya bersyukur dilahirkan sebagai seorang Islam. Aku soal diri aku, apa yang aku buat untuk aku buktikan aku bersyukur dengan rahmat Allah? Hakikatnya, aku lebih banyak mengingkari suruhan Allah. Tapi, Allah tak hentikan bekalan oksigen untuk aku. Allah tak hentikan jantung aku. Allah biarkan aku hidup. Bukankah itu suatu petanda bahawa Allah masih lagi memberi aku peluang untuk bertaubat? Untuk bersyukur? Maka, dengan hijrah, aku harap dgn setiap amalan yang aku lakukan, setiap suruhan-Nya yang aku buat, dgn niat Lillahitaala, dapat menjadikan satu medium atau cara untuk aku bersyukur dengan segala nikmat dan kurnia Allah. 

Keempat, umur aku. Sudah 17 tahun aku sia-siakan umur aku melupai Ar-Rahman. Allahu Akbar. Dan aku tak mahu umur aku yang mendatang juga menjadi sia-sia.

Ada banyak lagi sebab, tapi yang lain tu, biarlah aku simpan sendiri :) 

Perlahan-lahan, aku belajar sedikit demi sedikit. Sunnah2 Rasulullah yang mudah tapi aku pernah tinggalkan, aku mula amalkan. Paksa. Sebab tanpa paksa, tiada kerelaan. Dan tanpa kerelaan, tiada ikhlas. 

Bila mana hati mula digigit rasa letih, rasa fedap, ada satu kata2 yang mampu pujuk aku untuk aku teruskan mujahadah aku,


'Allah, tak lihat hasil. Tapi Allah lihat usaha. Insya Allah :)'

Allahu Akbar. Adilnya Dia :) Dia tahu usaha aku. Dia tahu penat lelah aku. Dan cuma Dia tahu segala-galanya tentang aku. Luahan hati aku. 

Sekarang, baru nampak. Baru rasa, kebergantungan kepada Allah semata-mata. Baru dapat hayati ayat ni, 

'Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.'

Sungguh, ketenangan yang tak terhingga bila aku luahkan segala-gala yang terbuku di dada pada Dia. 

'Faidza azamtu, fatawakkal alallah.'
(Sesudah kamu berazam, maka tawakal lah kepada Allah.)

"Kalau kita letakkan pergantungan kita sepenuhnya kepada Allah atas segala sesuatu yg telah kita usahakan, percayalah, kita tak akan kecewa. Sebab, segala yang Allah berikan kepada kita, itulah yang terbaik untuk kita."

Aku pegang betul dengan ayat ni, 


"Boleh jadi kamu meyukai sesuatu, tetapi ia tidak baik untuk kamu. Dan bole jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik untukmu. Dan Allah yang lebih mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."(Al Baqarah, ayat 216)

Ayat ni, memang ayat yang sangat memujuk aku. Rasa seperti, lega sangat bila dengar ayat ni. Betul lah kan, Allah ni Maha Penyayang. Tengok, sweet betul ayat dia pujuk kita :) 

Okay.... tadi aku cakap pendek je kan... taktau lah pulak nak jadi panjang hahahaha maafkan aku ya :)))

Conclusion is, 
Hidayah Allah tu, milik dia. Doalah, semoga kita sentiasa diberikan hidayah untuk kembali kepada fitrah seorang muslim. Ya :) KEMBALI. Hijrah aku ini, sebenarnya lebih kepada kembalinya aku kepada fitrah seorang muslim. Fitrah sebagai hamba Allah. 


'Pintu rezeki itu luas. Pintu maksiat juga luas. Tapi, ada satu pintu yang lebih luas daripada kedua-duanya. Pintu taubat' - Akh Faiz. 

Come home, Allah will be more than glad to accept you back :') Dia rindukan kita. Percayalah. 




Akhir kata, maafkan aku jika sepanjang entry ini ada menyakitkan hati semua yang membacanya. Niatku hanya satu, moga memberi manfaat dan moga dapat menyuntikkan semangat hijrah buat sesiapa sahaja. Segala yang baik itu dari Allah, dan segala yang buruk itu dari aku. Astaghfirullahalazim.

Assalamualaikum.